Monday, February 13, 2006

MENGAPA SAYA MENULIS!

Blog ini dibina khusus untuk memaparkan coretan yang saya luahkan dalam bentuk penulisan. Pada asalnya coretan ini hanyalah  untuk koleksi diri sendiri sahaja. Sekadarkan satu kenangan masa lampau. Namun apabila diketengahkan ke media massa, rupa-rupanya ada sambutan yang akhirnya boleh dijadikan sebagai satu kerjaya. Sebut sahaja 'menulis' semua orang boleh menulis. Tiap-tiap hari kita akan menulis. Tulislah apa-apa sahaja yang terbuku di dalam kalbu. Luahkan segala yang bersarang dalam hati. Jangan disimpan. Luahkan dalam bentuk tulisan. Akhirnya, pasti anda akan mendapat satu kepuasan!.

Jadi apa lagi, menulislah dari sekarang.


Saya teringat sewaktu remaja dahulu, saya menulis sebuah catatan yang berupa sajak. Idea ini timbul apabila kita bertemu, berkenalan, berkawan dan akhirnya berpisah. Itulah lumrah dunia.

Kau datang
setelah aku pulang
lalu tiadalah aku ucapkan
selamat datang

Kau pulang
sebelum aku datang
lalu tiadalah aku ucapkan
selamat jalan

Lalu,
usah kesalkan pada setiap pertemuan
yang terpaksa diakhiri dengan ucapan
selamat datang dan selamat jalan!

# buat anda yang berkenaan, jangan bersedih andai anda mengalami perkara yang sama seperti saya!